Thursday, November 24, 2011

Mewahnya Dunia

satu kisah mengenai seorang sahabat yang sentiasa saya ingat......
contoh seorang sahabat yang sanggup tinggalkan kemewahan dunia....
untuk hidup dalam kemewahan akhirat...
satu orang sahabat yang bernama Mus'ab bin Umair r.a.....

beliau yang sememangnya sejak dari kecil dibesarkan dengan kemewahan...
malah baju yang dipakai beliau hampir sahaja bernilai 200 dirham...
minyak wangi yang dipakai beliau mampu menjadikan dirinya dikenali walaupun tanpa melihatnya..
memang dahsyat kedengarannya...

tp dengan Ihsan dan RahimNya....
beliau menyahut seruan Allah dan RasulNya Nabi SAW....
kemudian apabila berita ini sampai kepada keluarganya....
beliau telah diikat serta dikurung...
kasihan pada beliaukan diikat oleh keluarga sendiri....

apabila sampai seruan utk berhijrah...
beliau telah melepaskan diri secara sembunyi dan mengikut sahabat2 yang lain ke Madinah...
satu penghijrahan yang penuh dengan pengorbanan....
satu kehidupan yang sama sekali lain drpd kehidupan sebelumnnya...

di Madinah beliau hidup dalam keadaan yang sangat zuhud....
baju bernilai 200 dirham yang dahulunya beliau sarungkan....
kini baju yang penuh dengan tampalan menutupi badannya....

pernah satu ketika Nabi SAW ceritakan tentang Hazrat Mus'ab kepada sahabat yang lain...
apabila baginda terkenang akan keadaan Mus'ab semasa di Madinah....
dan semasa di Mekkah...
air mata baginda yang mulia mulai menitis....

semasa di dalam perang Uhud beliau memegang panji Islam...
maknanya beliau orang yang berada di barisan paling hadapan...
dalam peperangan itu kedua-dua tangan beliau telah dipotong...
sehingga beliau terpaksa memgang bendera dengan kedua-dua lengan beliau...
sehinggalah akhirnya beliau telah dipanah dan syahid....

 apabila sampai Nabi SAW ke jenazah beliau....
sahabat2 bertanya kepada Nabi mcm mana nak uruskan jenazah Hazrat Mus'ab....
kerana yang ada pada Mus'ab hanyalah satu helai kain...
apabila ditutup kepalanya kakinya akn terdedah....
jika ditutup kakinya kepalanya akan terdedah...

 kemudian Nabi SAW menyuruh sahabat2 menutup kepala jenazah Mus'ab dengan kain....
dan kakinya dengan dedaunan....
sampai begitu sekali....
Mus'ab yang terkenal dengan kemewahannya dahulu....
kain untuk menutupi jenazahnya pun tidak cukup....

itulah kehidupan yang telah dilalui oleh Mus'ab....
kehidupan yang sangat2 berbeza drpd kehidupannya yang sebelum....
kehidupan yang ramai orang takut untuk lalui termasuk diri saya....
walaupun kita tidaklah hidup semewah Hazrat Mus'ab....

mgkn dalam kehidupan seharian pernah tidak makan kerana tidak cukup keperluan....
pernah pakai pakaian yang tidak seberapa tapi tidaklah bertampal....
mgkn saya patut tanya pada iman saya....
apakah ia sanggup untuk diuji?....

 baik saya akhirkan post saya ni... sbb saya dah xtau nak tulis apa dah...
moga allah beri taufik dan hidayah utk diri saya serta seluruh umat...