Sunday, June 17, 2012

Hargailah

hari ini seorang sahabat aku memberitahu aku sesuatu....
"jangan perangai kebudak-budakan, nanti kau sendiri akan malu dengan perangai kau bila sudah tua"....
bagi aku kata-kata dia umpama kata-kata yang keluar dari ibu bapa aku...
walaupun kadang-kadang aku seringkali melawannya....
bahkan bertikam lidah dengannya semata-mata tanda aku tidak setuju....
tapi dia tetap melayan aku...
kata-kata yang baru sahaja dia ucapkan pada aku ada yang aku sendiri kurang setuju....
tidaklah pasti bagi orang lain.... tapi bagi aku ada betulnya tapi ada baik disebaliknyanya...
ayat yang berputar belitkan....
pasti setiap daripada kita ada memori tentang masa kanak-kanak kita...
yang jika kita imbau semula pasti merah padam muka kita akibat malu...
tetapi itulah terletaknya keindahan memori yang disimpan di kotak ingatan kita....
contoh terbaik adalah ibu bapa kita yang punya anak yang ramai termasuk kita...
pasti ramai di antara kita...
yang ibu bapanya akan menceritakan tentang masa lampau kita...
yang ada masanya akan membuatkan kita malu apabila diceritakan...
sehinggakan kita terpaksa memberi bahasa isyarat pada ibu bapa kita supaya tidak ceritakan...
mengenang pada kerenah anak-anak yang menyebabkan mereka tidak cukup tangan...
apabila melihat anak-anak mereka yang kini sudah dewasa...
maka akan terukir tawa dibibir mereka....
rindunya mereka melihat anak-anak kecil mereka datang pada mereka....
mengadu tentang perkara yang sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya...
walaupun terkadang sedikit tercabar kesabaran mereka...
tapi itulah ubat bagi kerinduan mereka pada anak-anak mereka yang kini sudah mampu berjalan di atas kaki sendiri...
itu semua akan terjadi juga pada kita apabila masa itu berlalu tinggalkan kita......
mgkn apabila orang itu ada bersama kita...
kita rasa itu tidak ada kesannya pada hidup kita...
tapi apabila dia sudah tidak lagi berada di hadapan mata kita....
itulah perkara yang membuatkan kita ketawa kecil....
mengingatkan kita pada dia...
kerana kehidupan tidak pasti bagi kita....
tapi kematian itu sudah semestinya pasti pada kita....
hargailah apa yang sudah pada kita...
mungkin sekarang kita terlalu risau apakah masa depan kita hidup akan gembira...
sehingga kita lupa perkara yang telah membuatkan kita gembira suatu ketika dahulu...

Saturday, February 11, 2012

Sorry, Sorry, Sorry

nahmaduhu wanusolli'ala rasulilkarim...
ini tajuk bukannya lagu k-pop...
tapi ada cerita yang mungkin tidak pernah di dengar oleh telinga kita...

kerana cerita ini adalah sedikit perkaitan dengan tajuk...
ingin saya berkongsi bersama...
mungkin kita boleh perdengarkan kepada orang lain...



pernah suatu ketika Nabi SAW bersama-sama dengan sahabat...
ketika itu Abu Dzar juga ada bersama...
kemudian lalu satu orang laki-laki...

Baginda lalu tunjuk pada sahabat bahawa lelaki itu ahli syurga...
keesokan harinya perkara yang sama berlaku...
baginda memberitahu sahabat-sahabat bahawa lelaki itu ahli syurga...

begitulah juga pada hari ketiga...
perkara yang sama Nabi SAW perkatakan...
kemudian Abu Dzar dengan rasa ingin tahu beliau...

pergi ke rumah lelaki itu...
dan beliau beritahu lelaki itu bahawa beliau ingin menumpang seketika di rumahnya...
lelaki itu membenarkan Abu Dzar untuk menumpang...

tujuan Abu Dzar menumpang di rumah lelaki itu untuk melihat apakah amalannya...
sehingga Nabi SAW mengatakan bahawa dia lelaki ahli syurga...

pada hari pertama beliau di rumah lelaki itu...
beliau melihat lelaki itu tidak pula dia berpuasa di siang hari....
sehinggalah malam harinya...
tidak pula dia berjaga pada waktu malam...

begitu juga pada hari kedua...
amalan yang sama seperti semalam dilihat Abu Dzar...
sampailah hari ketiga beliau berada di rumah lelaki itu...

beliau ingin tahu apakah amalan luar biasa dilakukan lelaki itu...
beliau kemudiannya memberitahu lelaki itu tujuan sebenar beliau menumpang di rumahnya...
dan bertanya pada lelaki itu apakah amalan istimewa yang sering diamalkannya...

lelaki itu pun menjawab pertanyaan Abu Dzar...
"sebenarnya aku tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam amalanku...
sebelum aku tidur, aku akan memaafkan kesalahan orang lain padaku...
dan tidak aku menyimpan apa-apa dendam pada mereka"...

kemudian Abu Dzar berjumpa dengan Nabi SAW...
dan beliau berkata pada Nabi SAW...
"memang benar dia lelaki ahli syurga"...

lelaki yang disebut dalam cerita di atas ialah Hazrat Abdullah bin Umar...
itulah dia sahabat Nabi...
dahulunya mereka tidak mempedulikan sesiapapun...
siapa yang menyakiti kaum mereka...
mereka akan berdendam sampai tujuh keturunan...

sehinggakan jika ditanya pada keturunan mereka apa sebab mereka berdendam...
mereka tidak mampu menyatakan sebabnya...

bilalah agaknya saya mampu buat perkara yang lelaki ahli syurga buat??...
perkara yang ditinggalkan sahabat saya lakukan...
tapi perkara yang dibuat sahabat tidak lagi saya amalkan...

untuk kita meminta maaf mungkin mampu kita lakukan...
tapi untuk kita maafkan susah sekali...

moga Allah kurniakan pada saya dan umat...
hati yang mampu memaafkan...
InsyaAllah...