Saturday, February 11, 2012

Sorry, Sorry, Sorry

nahmaduhu wanusolli'ala rasulilkarim...
ini tajuk bukannya lagu k-pop...
tapi ada cerita yang mungkin tidak pernah di dengar oleh telinga kita...

kerana cerita ini adalah sedikit perkaitan dengan tajuk...
ingin saya berkongsi bersama...
mungkin kita boleh perdengarkan kepada orang lain...



pernah suatu ketika Nabi SAW bersama-sama dengan sahabat...
ketika itu Abu Dzar juga ada bersama...
kemudian lalu satu orang laki-laki...

Baginda lalu tunjuk pada sahabat bahawa lelaki itu ahli syurga...
keesokan harinya perkara yang sama berlaku...
baginda memberitahu sahabat-sahabat bahawa lelaki itu ahli syurga...

begitulah juga pada hari ketiga...
perkara yang sama Nabi SAW perkatakan...
kemudian Abu Dzar dengan rasa ingin tahu beliau...

pergi ke rumah lelaki itu...
dan beliau beritahu lelaki itu bahawa beliau ingin menumpang seketika di rumahnya...
lelaki itu membenarkan Abu Dzar untuk menumpang...

tujuan Abu Dzar menumpang di rumah lelaki itu untuk melihat apakah amalannya...
sehingga Nabi SAW mengatakan bahawa dia lelaki ahli syurga...

pada hari pertama beliau di rumah lelaki itu...
beliau melihat lelaki itu tidak pula dia berpuasa di siang hari....
sehinggalah malam harinya...
tidak pula dia berjaga pada waktu malam...

begitu juga pada hari kedua...
amalan yang sama seperti semalam dilihat Abu Dzar...
sampailah hari ketiga beliau berada di rumah lelaki itu...

beliau ingin tahu apakah amalan luar biasa dilakukan lelaki itu...
beliau kemudiannya memberitahu lelaki itu tujuan sebenar beliau menumpang di rumahnya...
dan bertanya pada lelaki itu apakah amalan istimewa yang sering diamalkannya...

lelaki itu pun menjawab pertanyaan Abu Dzar...
"sebenarnya aku tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam amalanku...
sebelum aku tidur, aku akan memaafkan kesalahan orang lain padaku...
dan tidak aku menyimpan apa-apa dendam pada mereka"...

kemudian Abu Dzar berjumpa dengan Nabi SAW...
dan beliau berkata pada Nabi SAW...
"memang benar dia lelaki ahli syurga"...

lelaki yang disebut dalam cerita di atas ialah Hazrat Abdullah bin Umar...
itulah dia sahabat Nabi...
dahulunya mereka tidak mempedulikan sesiapapun...
siapa yang menyakiti kaum mereka...
mereka akan berdendam sampai tujuh keturunan...

sehinggakan jika ditanya pada keturunan mereka apa sebab mereka berdendam...
mereka tidak mampu menyatakan sebabnya...

bilalah agaknya saya mampu buat perkara yang lelaki ahli syurga buat??...
perkara yang ditinggalkan sahabat saya lakukan...
tapi perkara yang dibuat sahabat tidak lagi saya amalkan...

untuk kita meminta maaf mungkin mampu kita lakukan...
tapi untuk kita maafkan susah sekali...

moga Allah kurniakan pada saya dan umat...
hati yang mampu memaafkan...
InsyaAllah...