Sunday, June 17, 2012

Hargailah

hari ini seorang sahabat aku memberitahu aku sesuatu....
"jangan perangai kebudak-budakan, nanti kau sendiri akan malu dengan perangai kau bila sudah tua"....
bagi aku kata-kata dia umpama kata-kata yang keluar dari ibu bapa aku...
walaupun kadang-kadang aku seringkali melawannya....
bahkan bertikam lidah dengannya semata-mata tanda aku tidak setuju....
tapi dia tetap melayan aku...
kata-kata yang baru sahaja dia ucapkan pada aku ada yang aku sendiri kurang setuju....
tidaklah pasti bagi orang lain.... tapi bagi aku ada betulnya tapi ada baik disebaliknyanya...
ayat yang berputar belitkan....
pasti setiap daripada kita ada memori tentang masa kanak-kanak kita...
yang jika kita imbau semula pasti merah padam muka kita akibat malu...
tetapi itulah terletaknya keindahan memori yang disimpan di kotak ingatan kita....
contoh terbaik adalah ibu bapa kita yang punya anak yang ramai termasuk kita...
pasti ramai di antara kita...
yang ibu bapanya akan menceritakan tentang masa lampau kita...
yang ada masanya akan membuatkan kita malu apabila diceritakan...
sehinggakan kita terpaksa memberi bahasa isyarat pada ibu bapa kita supaya tidak ceritakan...
mengenang pada kerenah anak-anak yang menyebabkan mereka tidak cukup tangan...
apabila melihat anak-anak mereka yang kini sudah dewasa...
maka akan terukir tawa dibibir mereka....
rindunya mereka melihat anak-anak kecil mereka datang pada mereka....
mengadu tentang perkara yang sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya...
walaupun terkadang sedikit tercabar kesabaran mereka...
tapi itulah ubat bagi kerinduan mereka pada anak-anak mereka yang kini sudah mampu berjalan di atas kaki sendiri...
itu semua akan terjadi juga pada kita apabila masa itu berlalu tinggalkan kita......
mgkn apabila orang itu ada bersama kita...
kita rasa itu tidak ada kesannya pada hidup kita...
tapi apabila dia sudah tidak lagi berada di hadapan mata kita....
itulah perkara yang membuatkan kita ketawa kecil....
mengingatkan kita pada dia...
kerana kehidupan tidak pasti bagi kita....
tapi kematian itu sudah semestinya pasti pada kita....
hargailah apa yang sudah pada kita...
mungkin sekarang kita terlalu risau apakah masa depan kita hidup akan gembira...
sehingga kita lupa perkara yang telah membuatkan kita gembira suatu ketika dahulu...

Saturday, February 11, 2012

Sorry, Sorry, Sorry

nahmaduhu wanusolli'ala rasulilkarim...
ini tajuk bukannya lagu k-pop...
tapi ada cerita yang mungkin tidak pernah di dengar oleh telinga kita...

kerana cerita ini adalah sedikit perkaitan dengan tajuk...
ingin saya berkongsi bersama...
mungkin kita boleh perdengarkan kepada orang lain...



pernah suatu ketika Nabi SAW bersama-sama dengan sahabat...
ketika itu Abu Dzar juga ada bersama...
kemudian lalu satu orang laki-laki...

Baginda lalu tunjuk pada sahabat bahawa lelaki itu ahli syurga...
keesokan harinya perkara yang sama berlaku...
baginda memberitahu sahabat-sahabat bahawa lelaki itu ahli syurga...

begitulah juga pada hari ketiga...
perkara yang sama Nabi SAW perkatakan...
kemudian Abu Dzar dengan rasa ingin tahu beliau...

pergi ke rumah lelaki itu...
dan beliau beritahu lelaki itu bahawa beliau ingin menumpang seketika di rumahnya...
lelaki itu membenarkan Abu Dzar untuk menumpang...

tujuan Abu Dzar menumpang di rumah lelaki itu untuk melihat apakah amalannya...
sehingga Nabi SAW mengatakan bahawa dia lelaki ahli syurga...

pada hari pertama beliau di rumah lelaki itu...
beliau melihat lelaki itu tidak pula dia berpuasa di siang hari....
sehinggalah malam harinya...
tidak pula dia berjaga pada waktu malam...

begitu juga pada hari kedua...
amalan yang sama seperti semalam dilihat Abu Dzar...
sampailah hari ketiga beliau berada di rumah lelaki itu...

beliau ingin tahu apakah amalan luar biasa dilakukan lelaki itu...
beliau kemudiannya memberitahu lelaki itu tujuan sebenar beliau menumpang di rumahnya...
dan bertanya pada lelaki itu apakah amalan istimewa yang sering diamalkannya...

lelaki itu pun menjawab pertanyaan Abu Dzar...
"sebenarnya aku tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam amalanku...
sebelum aku tidur, aku akan memaafkan kesalahan orang lain padaku...
dan tidak aku menyimpan apa-apa dendam pada mereka"...

kemudian Abu Dzar berjumpa dengan Nabi SAW...
dan beliau berkata pada Nabi SAW...
"memang benar dia lelaki ahli syurga"...

lelaki yang disebut dalam cerita di atas ialah Hazrat Abdullah bin Umar...
itulah dia sahabat Nabi...
dahulunya mereka tidak mempedulikan sesiapapun...
siapa yang menyakiti kaum mereka...
mereka akan berdendam sampai tujuh keturunan...

sehinggakan jika ditanya pada keturunan mereka apa sebab mereka berdendam...
mereka tidak mampu menyatakan sebabnya...

bilalah agaknya saya mampu buat perkara yang lelaki ahli syurga buat??...
perkara yang ditinggalkan sahabat saya lakukan...
tapi perkara yang dibuat sahabat tidak lagi saya amalkan...

untuk kita meminta maaf mungkin mampu kita lakukan...
tapi untuk kita maafkan susah sekali...

moga Allah kurniakan pada saya dan umat...
hati yang mampu memaafkan...
InsyaAllah...

Tuesday, December 27, 2011

Teman Saya

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Jangan bersahabat melainkan orang mukmin"


sahabat boleh jadi penyejuk hati...
sahabat juga boleh menyakitkan hati...
itulh lumrah dalam bersahabat...

walau apa yang terjadi itulah sahabat...
sahabat yang kita telah pahatkan dalam hati...
yang akan kita kongsi suka duka...

yang akan menangis bersama kita di waktu kita kesedihan...
yang akan senyum bersama kita dalam kegembiraan...

dalam tafsir Ibnu Kathir...
sabda Nabi SAW:
"3 jenis orang yang akan meredakan kemarahan Allah
1. dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
2. orang yang berulang alik ke masjid
3. orang yang menitiskan air mata kerana mengingatkan Allah dalam kegelapan malam"


mencari seorg kawan yang boleh mengingatkan kita padaNya....
yang boleh menjadikan kita risau akan amal kita di akhirat sana...
yang menenangkan kita tatkala menatap wajahnya...

itulah pencarian manusia di atas dunia...
bkn sahaja mencari keluarga sempurna...
mencari cinta yang selamanya...
tp mencari sahabat yang sampai ke syurga...

pernah satu ketika bapa kepada Abu Bakar ra iaitu Abu Kuhafah ra....
datang kepada Nabi utk berbai'at...
kemudian apabila Nabi nampak keadaan Abu Kuhafah dgn rambutnya berwarna puith....

Nabi kemudiannya menyuruh beliau menguruskan rambut beliau...
setelah itu Abu Kuhafah pun memeluk Islam...
dalam pada itu Abu Bakar menangis...

apabila Nabi nampak Abu Bakar menangis...
maka baginda pun bertanya kepada beliau...
"Kenapakah engkau menangis ya Abu Bakr?"

Abu Bakar berkata...
"Jikalah tangan bapa saudaramu Abu Talib berada di tempat bapaku sekarang...
lalu dia pun masuk Islam... sehingga hati engkau senang dan gembira...
maka lebihlah aku suka daripada bapaku masuk Islam"

itulah sayangnya sahabat kepada Nabi...
sayang seorang sahabat kepada sahabatnya...
peneman Nabi di syurga nanti...
itulh contoh terbaik dalam bersahabat...

carilah sahabat sepertimana kita mencari asbab untuk kehidupan...
kerana dialah sahabat yang kita akan hidupkan kehidupan kita...
wallahua'lam...

moga Allah betulkan hati saya dan umat ini untuk hidayat...












Thursday, December 8, 2011

Di Mana Singgahsana?

alhamdulillah wassolatu wassala mu'ala rasulillahi ajma'in...
masih lg kita bertemu di dalam blog ni...
walau kita tidak bersua muka...

satu orang sahabat Nabi SAW...
Abu Ubaidah Al Jarrah r.a...
satu ahli Badar dan digelar Nabi sebagai Aminul Ummah...

beliau semasa di zaman Saidina Umar r.a....
dilantik sebagai gabenor di Syam...
satu ketika satu rombongan daripada Rom telah datang ke Syam...

kemudian apabila rombongan itu sampai....
mereka telah bertanya kepada penduduk Syam...
di mana gabenor Syam boleh ditemui...

oleh kerana sudah jd satu kebiasaan Rom...
gabenor mereka duduk di dalam singgahsana...
hidup di dalam kemewahan...

namun apabila ditanya oleh mereka...
ditunjuk kepada Abu Ubaidah yang pada masa itu berada dalam satu kumpualan sahabat...
dilihat mereka beliau sedang bersembang dengan sahabat yang lain...  

kemudian perwakilan daripada Rom itu pergi kepada beliau...
dan beliau ditanya oleh mereka...

"mengapa engkau tidak duduk di singgahsana... 
seperti kebiasaan gabenor-gabenor?...
mudah untuk kami bezakan engkau drpd orng biasa..."

Abu Ubaidah menjawab pertanyaan mereka...

"aku ingin memberitahu engkau suatu perkara yang benar...
sesungguhnya di dalam poketku ini tidak ada satu dirham pun...
untuk aku makan pada hari ini..

jika aku hendak makan pada hari ini...
aku mungkin akan pergi kepada saudaraku Mu'az...
untuk meminjam sedikit dirham daripadanya...

supaya aku dapat makan...
dan  jika suatu hari nanti Allah mentakdirkan aku mempunyai harta...
dan mampu untuk aku membeli sebuah singgahsana...

namun aku tidak akan membelinya...
kerana aku tidak mahu apabila aku duduk di dalam satu majlis...
aku duduk dalam keadaan sombong...

sedangkan sahabat-sahabat dan kaum muslimin berada dihadapanku...
yang mungkin mereka itu lebih baik disisi Allah...
dibandingkan dengan aku..."

itulah Abu Ubaidah Al Jarrah...
walaupun dia seorang gabenor...
tp hidupnya tidaklah mewah...

antara manusia yang hidup bersama Nabi SAW...
seorang abid (ahli ibadah) di waktu malam...
seorang amir (ketua) dan fursan (panglima) di waktu siang...

itulh kehidupan sahabat-sahabat...
apabila hati mereka bukan lagi melihat pd dunia...
walau setinggi mana jawatan mereka...
berapa banyak kemenangan mereka perolehi...

tidak pula mereka meniggikan hidung mereka...
tidak mereka mengatakan diri mereka lebih baik...
kerana mereka sedar mereka tetap seorang hamba...

pandangan mereka bukannya pada singgahsana dunia yang direka-reka...
kekal hanya sementara...
tp singgahsana yang di syurga yang kekal selamanya...
itulh sahabat-sahabat yang faham apa itu akhirat...

tidak mereka letakkan cermin di hadapan orang lain...
sebaliknya cermin itu melihat pada diri sendiri...
itulh sepatutnya dibuat oleh saya...

dan jgn pula apabila saya berada di hadapan cermin...
mencari hanya kecantikan fizikal saya sahaja...
lihat juga benda yang x nampak di mata tp hati merasa...

wallahua'lam...

moga2 Allah beri taufik dan hidayah untuk saya dan semua umat...
untuk saya sedar akan siapa saya... InsyaAllah...

Thursday, November 24, 2011

Mewahnya Dunia

satu kisah mengenai seorang sahabat yang sentiasa saya ingat......
contoh seorang sahabat yang sanggup tinggalkan kemewahan dunia....
untuk hidup dalam kemewahan akhirat...
satu orang sahabat yang bernama Mus'ab bin Umair r.a.....

beliau yang sememangnya sejak dari kecil dibesarkan dengan kemewahan...
malah baju yang dipakai beliau hampir sahaja bernilai 200 dirham...
minyak wangi yang dipakai beliau mampu menjadikan dirinya dikenali walaupun tanpa melihatnya..
memang dahsyat kedengarannya...

tp dengan Ihsan dan RahimNya....
beliau menyahut seruan Allah dan RasulNya Nabi SAW....
kemudian apabila berita ini sampai kepada keluarganya....
beliau telah diikat serta dikurung...
kasihan pada beliaukan diikat oleh keluarga sendiri....

apabila sampai seruan utk berhijrah...
beliau telah melepaskan diri secara sembunyi dan mengikut sahabat2 yang lain ke Madinah...
satu penghijrahan yang penuh dengan pengorbanan....
satu kehidupan yang sama sekali lain drpd kehidupan sebelumnnya...

di Madinah beliau hidup dalam keadaan yang sangat zuhud....
baju bernilai 200 dirham yang dahulunya beliau sarungkan....
kini baju yang penuh dengan tampalan menutupi badannya....

pernah satu ketika Nabi SAW ceritakan tentang Hazrat Mus'ab kepada sahabat yang lain...
apabila baginda terkenang akan keadaan Mus'ab semasa di Madinah....
dan semasa di Mekkah...
air mata baginda yang mulia mulai menitis....

semasa di dalam perang Uhud beliau memegang panji Islam...
maknanya beliau orang yang berada di barisan paling hadapan...
dalam peperangan itu kedua-dua tangan beliau telah dipotong...
sehingga beliau terpaksa memgang bendera dengan kedua-dua lengan beliau...
sehinggalah akhirnya beliau telah dipanah dan syahid....

 apabila sampai Nabi SAW ke jenazah beliau....
sahabat2 bertanya kepada Nabi mcm mana nak uruskan jenazah Hazrat Mus'ab....
kerana yang ada pada Mus'ab hanyalah satu helai kain...
apabila ditutup kepalanya kakinya akn terdedah....
jika ditutup kakinya kepalanya akan terdedah...

 kemudian Nabi SAW menyuruh sahabat2 menutup kepala jenazah Mus'ab dengan kain....
dan kakinya dengan dedaunan....
sampai begitu sekali....
Mus'ab yang terkenal dengan kemewahannya dahulu....
kain untuk menutupi jenazahnya pun tidak cukup....

itulah kehidupan yang telah dilalui oleh Mus'ab....
kehidupan yang sangat2 berbeza drpd kehidupannya yang sebelum....
kehidupan yang ramai orang takut untuk lalui termasuk diri saya....
walaupun kita tidaklah hidup semewah Hazrat Mus'ab....

mgkn dalam kehidupan seharian pernah tidak makan kerana tidak cukup keperluan....
pernah pakai pakaian yang tidak seberapa tapi tidaklah bertampal....
mgkn saya patut tanya pada iman saya....
apakah ia sanggup untuk diuji?....

 baik saya akhirkan post saya ni... sbb saya dah xtau nak tulis apa dah...
moga allah beri taufik dan hidayah utk diri saya serta seluruh umat...

Friday, January 21, 2011

Rindu


dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....

datangnya amal utk taat pada perintah Allah.....
ialah dengan takwa.......
datangnya takwa pabila meninggalkan segala laranganNya.......
tanda org beriman datangnya dengan takwa......

dgn takwa kejahatan tidak akan datang daripada dirinya.......
betapa manis andai saya dpt merasa kemanisannya.......
teringin diri ini menuju ke jalanNya......

berkorban masa, harta dan diri yang hina.......
rindu teramat utk menemuiNya......
menemui kekasihNya......yang mencintai umat ini tanpa meminta apa2.......
bilakah masanya aku akan menemuinya?
apakah dia akan mengenaliku?
apakah dia akan mengucapkan kata manis padaku?

Ya Allah, betulkanlh hatiku....
betulkanlh amalku.....
betulkanlh apa yang salah pada diriku......
sesungguhnya aku tidak kuat utk membetulkannya......
segalanya yg berlaku semuanya mengikut kehendakmu....

pertemukan aku dengan kekasihMu.......
walaupun hanya sesaat.......
utk aku merasa kemanisan cintanya pada umatnya........
utk aku mendengar kata cintanya padaku.......

diriku ini tiada apa2.......
pilihlh aku sebagai hambaMu.....

Wednesday, January 19, 2011

SAHABAT


dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.......

sahabat sememangnya seorg yang paling dicari mnsia......
tidak kisahlh lelaki mahupun perempuan........
smua akan trcari2 siapakah sahabat mereka......

ada seorg shabat sy mnceritakan kpd sy tntg seorg sahabatnya......
agak mnark bg sy......
mgkn bg kalian ada yg kurang tertarik.....

katanya...dia pny seorg sahabat yang rapat dgn dia. semuanya dilakukan bersama. dan dia bercerita tntg bibit2 pertemuan mereka dan mcm mana mereka mula bersahabat. dan kasihnya dia ni kpd sahabatnya kerana Allah dan mgkn suatu hari nnt berpisahnya mreka kerana Allah jua. pada mlanya dia hanya menganggap sahabatnya itu seperti kawan biasa. tiada apa yg istimewanya. sahabatnya itu dipanggil abdullah bukan nama sebenar. kemudian suatu hari dia timbullh satu persoalan di dalam benak fikiran dia tntg couple itu apa kerana dia risau tntg seorg kawannya yang terlibat dgn aktiviti ini. kemudian dia mulalh terfikir utk bertanya kpd Abdullah. kemudian Abdullah mengajak dia pergi ke rumah Allah utk bercakap lbih lanjut. Abdullah pun mulalh utk menjawab pertanyaan dia.

pertanyaan yg diutarakan dijawab satu persatu. dijelaskan satu persatu. sehinggakan dia tertarik dgn percakapan Abdullah. waktu itu zohor pun sudah hmpr masuk. jd mereka menghabiskan perbualan meraka. selpas habis perbualan meraka, dia merasakan utk dngr lebih byk lg drpd Abdullah. dia tertarik bagaimana Abdullah menjawab persoalan dia yg selama ini ramai yg menjwb menggunakan hukum semata. tp bagaimana Abdullah menjelaskan apa itu couple sebnarnya begitu mudah dan menarik. kemudian dia merasa utk berkwan lbh rapat lg dgn Abdullah. azamnya disimpan begitu lama. dia kerap bertanyakan Abdullah jika ada apa2 persoalan yang merunsingkan dia. setiap kali dijelaskan makin kerap dia bertanya kpd Abdullah. kata2 Abdullah dirasakan benar. seperti mudah diterima.

lama kelamaan meraka menjadi semakin rapat. segala masalah diceritaka kpd Abdullah. dia terharu mendengar apabila Abdullah mengatakan akan jd seog sahabt yang akan mengesat stiap kesedihan dia. sememangnya seorg sahabat. agak jeles mendengarnya. suatu hari dia telah memegang suatu jawatan. tiap2 keputusan yang hndk dia buat dia akan bertanyaka kpd Abdullah terlebih dahulu. Tidak akan rugi org yang bermesyuarat dan tidak akan sesak org yang beristikarah. tiap kali ada keutusan hndk dibuat akan dmesyuaratkan dgn Abdullah kerana dia yakin Abdllah akan memberi cadangan yg paling baik seiring dgn agama. Abdullah juga sering mengingatkan dia tntg apa itu akhirat, mati, kubur, syurga dan semua nikmat kurnianNya. dirasakan seperti dia sudah ketemu sahabat yang dikatakan Rasulullah. seorg yg melihat kpdnya teringat akan Allah. melihat pada amalannya teringat amalan sndiri di akhirat. pabila mendengar katanya bertambah ilmu.

dia pun mula rapat dgn Abdullah. Abdullah juga sering mengingatkannya utk sentiasa mnjaga amal. dikejutkn malam utk mmujuk rayu pada Allah utk memberi manusia hidayat. dibawa kehulu kemari utk memujuk rayu manusia utk kembali pada Allah. mmg dirasakan seperti agama mula masuk ke dalam hati dia. kerana selama ini dia telah lari begitu jauh drpd agama. kemudian Abdullah telah bawa dia kembali dekat kpd Tuhan yang menciptakan segala ciptaan. jikalau boleh dia tidak mahu kehilangan Abdullah sbg sahabat. sahabt yg telah mbawanya mengenal Allah yang Maha Kekal.

didengarkan kpd sy begitu tertrik dgn Abdullah ini.....
andailh semua org punya sahabat seperti Abdullah ini.....
Insyaallah semua manusia akan kembali berdamai dgn Sang Pencipta.....
sy juga berazam utk menjadi seperti Abdullah.......
menjadi sahabat yang baik tanpa meminta apa2.....
sy masih belajar lg......