Thursday, December 8, 2011

Di Mana Singgahsana?

alhamdulillah wassolatu wassala mu'ala rasulillahi ajma'in...
masih lg kita bertemu di dalam blog ni...
walau kita tidak bersua muka...

satu orang sahabat Nabi SAW...
Abu Ubaidah Al Jarrah r.a...
satu ahli Badar dan digelar Nabi sebagai Aminul Ummah...

beliau semasa di zaman Saidina Umar r.a....
dilantik sebagai gabenor di Syam...
satu ketika satu rombongan daripada Rom telah datang ke Syam...

kemudian apabila rombongan itu sampai....
mereka telah bertanya kepada penduduk Syam...
di mana gabenor Syam boleh ditemui...

oleh kerana sudah jd satu kebiasaan Rom...
gabenor mereka duduk di dalam singgahsana...
hidup di dalam kemewahan...

namun apabila ditanya oleh mereka...
ditunjuk kepada Abu Ubaidah yang pada masa itu berada dalam satu kumpualan sahabat...
dilihat mereka beliau sedang bersembang dengan sahabat yang lain...  

kemudian perwakilan daripada Rom itu pergi kepada beliau...
dan beliau ditanya oleh mereka...

"mengapa engkau tidak duduk di singgahsana... 
seperti kebiasaan gabenor-gabenor?...
mudah untuk kami bezakan engkau drpd orng biasa..."

Abu Ubaidah menjawab pertanyaan mereka...

"aku ingin memberitahu engkau suatu perkara yang benar...
sesungguhnya di dalam poketku ini tidak ada satu dirham pun...
untuk aku makan pada hari ini..

jika aku hendak makan pada hari ini...
aku mungkin akan pergi kepada saudaraku Mu'az...
untuk meminjam sedikit dirham daripadanya...

supaya aku dapat makan...
dan  jika suatu hari nanti Allah mentakdirkan aku mempunyai harta...
dan mampu untuk aku membeli sebuah singgahsana...

namun aku tidak akan membelinya...
kerana aku tidak mahu apabila aku duduk di dalam satu majlis...
aku duduk dalam keadaan sombong...

sedangkan sahabat-sahabat dan kaum muslimin berada dihadapanku...
yang mungkin mereka itu lebih baik disisi Allah...
dibandingkan dengan aku..."

itulah Abu Ubaidah Al Jarrah...
walaupun dia seorang gabenor...
tp hidupnya tidaklah mewah...

antara manusia yang hidup bersama Nabi SAW...
seorang abid (ahli ibadah) di waktu malam...
seorang amir (ketua) dan fursan (panglima) di waktu siang...

itulh kehidupan sahabat-sahabat...
apabila hati mereka bukan lagi melihat pd dunia...
walau setinggi mana jawatan mereka...
berapa banyak kemenangan mereka perolehi...

tidak pula mereka meniggikan hidung mereka...
tidak mereka mengatakan diri mereka lebih baik...
kerana mereka sedar mereka tetap seorang hamba...

pandangan mereka bukannya pada singgahsana dunia yang direka-reka...
kekal hanya sementara...
tp singgahsana yang di syurga yang kekal selamanya...
itulh sahabat-sahabat yang faham apa itu akhirat...

tidak mereka letakkan cermin di hadapan orang lain...
sebaliknya cermin itu melihat pada diri sendiri...
itulh sepatutnya dibuat oleh saya...

dan jgn pula apabila saya berada di hadapan cermin...
mencari hanya kecantikan fizikal saya sahaja...
lihat juga benda yang x nampak di mata tp hati merasa...

wallahua'lam...

moga2 Allah beri taufik dan hidayah untuk saya dan semua umat...
untuk saya sedar akan siapa saya... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment